Pages

Cili Kisar

Sebelum ini, bila nak masak resepi yang menggunakan cili kisar/cili boh, maka, perlulah membelinya di pasar.  Suatu hari tergerak di hati, kenapa tak buat sendiri je....
 
Alhamdulillah, dapat resepi ini dari emak.  "Senang je... ambil segenggam cili kering, rebus hingga masak, blend dengan bawang besar, bawang putih.... panaskan minyak, masak agar kering sedikit, simpan dalam peti sejuk.  Bila nak masak, ambil je beberapa sudu..."
 

Potong cili kering, hiris bawang besar dan bawang putih.
Cili yang dipotong akan memudahkan biji-bijinya keluar untuk
kurangkan rasa pedas.  Lagipun tak elok makan biji cili berlebih-lebihan.


Masukkan cili kering dan air ke dalam periuk.
Pasang api untuk memasak.


Lebih lama rebus lebih baik. Cili akan tahan lebih lama


Biji-biji cili hasil dari rebusan. Buangkan.
Jangan blend pula ya....


Blend/kisar cili bersama bawang besar, bawang putih dan air.
Kemudian panaskan minyak dan masak campuran ini.


Kerap kacau dengan senduk hingga masak.
Kemudian, biarkan ia sejuk.


Masukkan ke dalam botol dan simpan ke dalam
peti sejuk.  Boleh tahan berbulan-bulan.

Bahan-Bahan:

150 gram cili kering
4 biji bawang besar
6 biji bawang putih
2 senduk minyak masak
Air
Botol untuk simpan cili kisar

Cara Membuat:

1.  Potong cili kering, masukkan ke dalam periuk, masukkan air dan rebus
2.  Buang air rebusan dan bersihkan cili dari biji-bijinya
3.  Kisar campuran cili, bawang besar dan bawang putih
4.  Panaskan minyak, masukkan hasil kisar dan kacau hingga masak.
5.  Biarkan sejuk, masukkan ke dalam botol dan simpan di dalam peti sejuk untuk digunakan bila perlu. 


Selamat Mencuba  :)
 


Sumbangan: Bonda Zaleha Maabut

 
Sudi-sudikanlah komen di bawah ini dan kongsikan dengan kawan-kawan, ya ... Terima kasih  :)  :)

 

1 comment:

  1. Terima kasih...saya memang banyak menggunakan cili boh.

    ReplyDelete